Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih saudari pengacara majlis. Yang Berusaha, Puan Pengetua SMK Tun Sharifah Rodziah,Yang Dihormati Penolong2 kanan, guru2 kanan, AJK PIBG asrama dan seterusnya rakan2 yg dikasihi sekalian...
Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat datang kepada yang berusaha Puan pengetua, penolong2 kanan dan guru2 yang sudi menerima undangan kami. Sebagai alu-aluan, saya ingin merakamkan penghargaan dan terim kasih kepada Jawatankuasa Induk untuk menjayakan majlis pada malam ini.
Rakan-rakan sekalian,
Setelah melalui satu tempoh kita berada di asrama smk tun sharifah rodziah,kita telah melakarkan sebuah sejarah yg manis untuk dikenang. segala-gala yg dikutip disini telah terakam dalam sejarah peribadi masing2. kita melalui saat2 suka dan duka semasa dalam proses pembelajaran. pelbagai kerenah dan tingkah laku alam remaja telah kita lakarkan. bermula dengan dengan isu kenakalan pelajar -pelajar, berkenalan,belajar dan berusaha telah menjadi asam garam bagi setiap pelajar di sekolah. kita telah menimbulkan pelbagai masalah dan tidak kurangjuga menyumbangkan pelbagai kejayaan untuk dikongsi kegembiraannya bersama-sama. kejayaan yg telah kita catatkan sama ada dalam aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum, turut menjadi rencah penyeri yang mengakrabkan hubungan sesama warga sekolah. antara guru dan pelajar ibarat lirik dan melodi, pincang salah satu tempanglah kedua-duanya.namun dengan berkat kesabaran dan sikap berlapang dada para guru kita berjaya sampai ke penghujung. TERIMA KASIH, CIKGU !!!
Selain itu, pengalaman tinggal di asrama bukan suatu yang mudah dilupakan, malah mungkin juga tersemat kukuh hingga abadi. marilah kita jadikan kehidupan harmoni di asrama seperti yang telah dirancang dan diselenggarakan oleh para warden sebagai suatu panduan utama untuk hidup berdisiplin. walaupun terasa kebebasan kita terikat, namun dengan keterikatan itulah yang telah menjadi penjana kita melakarkan memori sekolah melalui kecemerlangan demi kecemerlangan sama ada dalam bidang kurikulu, kokurikulum dan pembinaan sahsiah.
Hadirin sekalian,
Majlis pada malam iniadalah sebagai penutup tirai perjalanan bagi pelajar tingkatan lima dan enam atas di smk tun sharifah rodziah. namun, untuk rakan2 sekalian, noktah disini adalah sementara kerana ada tanggungjawab lebih mencabar sedang menunggu di hadapan kita iaitu menduduki peperiksaan SPM dan STPM. dalam situasi seperti ini hanya doa dan restu para guruyang kami dambakan. sesungguhny, jasa dan budi anda akan terus terpahat kukuh di dalam hati kami sampai bila2.
Menjejaki patah2 terakhir bicara saya, lidah saya bagaikan kelu untuk melafazkan selamat tinggal. walau apapun demikianlah lumrah alam, berjumpa dan berpisah sudah menjadi adat manusia biasa. patah tumbuh hilang berganti.
Sekian, terima kasih.